Wednesday, May 22, 2013

SELAMAT HARI LAHIR BLOGGER NADZRI



22 Mei merupakan hari lahir buat blogger Nadzri. Lebih mesra dipanggil Nadh dalam kalangan kami. Bertemu di Extreme Park Shah Alam buat pertama kali. Di dalam acara gathering blogger yang pertama kali PCB sertai.



Pertama kali berjumpa blogger Nadh | Extreme Park Shah Alam. (tutup mata lak. hehe)



First impression, Nadh seorang yang sporting dan baik hati. Suka berjenaka tak kering gusi. Suka dengar Nadh bertutur dengan loghat Kedah pekat sekali.



The Curve Damansara | wajah ditutup tu blogger Iffah dan blogger Sunah Sakura .



Last time berjumpa di Shah Alam juga. Gathering sekali lagi antara kita. Melepak bersama di I-city, Shah Alam, The Curve dan IKEA di Damansara. Itu kali terakhir kita berjumpa.



Majlis Perkahwinan blogger Nadh | blogger Nadh dan blogger Along Usop .
(sumber: Instagram Along Usop)


6 bulan yang lalu Nadh bertemu jodohnya. Seorang wanita yang sangat manis orangnya. Bagai pinang di belah dua mereka bersama. Seorang cantik manis, seorang hensem bergaya. Blogger Kiera pilihan di hati si jejaka. Namun apakan daya, masa mencemburui saya. Tidak dapat menyambut hari bahagia Nadh bersama isterinya. Namun, PCB berasa bahagia bila melihat Nadh kini semakin gembira dengan rumahtangganya. InsyaAllah tidak lama lagi hadir seorang cahaya mata. yang bakal menjadi penyeri rumahtangga.



Buat blogger Nadh, Selamat hari lahir PCB ucapkan. Dirimu sebagai rakan tidak pernah dilupakan. Semoga kita dapat bertemu lagi pada masa yang akan datang. rindu nak berbual dan berborak sakan.


6 comments :

eyriqazz said...

Selamat hari lahir buar rakan...

P.s : template blog nampak lebih mesra pembaca sekarang...

fRaMe+LenSeS said...

Ohhhh terima kasih sngat. Huuu

Along Usop said...

wahahaha...
awat dah macam puisi pantun je aku bace entry ko ni?

knape tak susun perenggan je terus? hahah..

Slamat besday Nadh! :)

deno said...

wah... seronoknya ramai2 berkumpul! :) ifa suka tau tutup muka...

p/s: blog PCB berwajah baru...!:)

kiera'sakura said...

apsal akak pulak yg terharu nie. hukhukhuk. mekasih wan mendoakan kami.

loghat penang la adik, dia org penang hihihihi :p

adzairdawati makdara said...

Selamat Hari Lahir