Saturday, May 4, 2013

SENARAI OLD BOYS MCKK YANG BERTANDING UNTUK PRU 13


Assalamualaikum dan salam sejahtera.








MCKK merupakan sebuah institusi pendidikan yang cemerlang dan sentiasa melahirkan pemimpin-pemimpin negara pada masa kini dan hadapan. PCB juga merupakan seorang bekas Old Boys MCKK tahun 2007. Perasaan bangga tetap ada apabila melihat ramai bekas pelajar MCKK yang menunjukkan semangat mereka dalam mentadbir negara apabila bertanding dalam Pilihan Raya Umum 13 (PRU 13) atas tiket parti politik yang berbeza.



Di bawah ini adalah senarai Old Boys MCKK yang bertanding untuk PRU 13, 5 Mei nanti.



boleh klik gambar untuk saiz yang lebih besar.



Secara keseluruhan, terdapat 29 Old Boys MCKK yang bertanding untuk PRU 13. 13 orang bertanding di peringkat parlimen dan 17 bertanding di peringkat DUN. Calon Barisan Nasional (BN) adalah seramai 12 orang. Calon PAS adalah seramai 10 orang dan calon PKR pula adalah seramai 7 orang. Walaupun berbeza fahaman politik, PCB pasti ikatan di antara mereka adalah kuat kerana mereka semua berasal daripada sekolah yang sama. 

Brotherhood lasts forever! .



Antara yang hangat dan panas untuk PRU 13 kali ini ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim mewakili Parlimen Permatang Pauh (PKR), Rafizi Ramli Parlimen Pandan (PKR), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Parlimen Sembrong (BN).




Apa pon kehadiran bekas pelajar MCKK untuk PRU 13 kali ini membuktikan bahawa MCKK masih relevan dalam melahirkan pemimpin negara yang berkaliber.



p/s ada kesilapan bagi P28, Parlimen Pasir Puteh adalah Nik Mazian (PAS). Tak sangka calon BN Parlimen Tanah Merah pon bekas pelajar MCKK.

2 comments :

Anisa Anuar said...

perghhh ni legacy MCKK

auc said...

huh hebat2 belaka yek...