Friday, May 24, 2013

SITI HANISAH | WANITA TERMUDA PERTAMA MALAYSIA DI PUNCAK GUNUNG EVEREST



Siti Hanisah mencatat rekod menjadi wanita termuda pertama Malaysia menjejakkan kaki di puncak Gunung Everest. Gunung Everest merupakan gunung tertinggi di dunia dengan ketinggian 8,848 meter iaitu 29,028 kaki dari paras laut.



siti hanisah.wanita pertama Malaysia di puncak Gunung Everest.



Siti Hanisah Sharuddin yang berusia 23 tahun dan berasal daripada FELDA Jelai 1, Gemas, Negeri Sembilan menamatkan misinya menawan puncak Gunung Everest keseorangan pada pukul 7.41 pagi waktu Nepal (9.56 pagi waktu Malaysia). Hal ini kerana enam rakan sepasukannya sudah pun beradadalam perjalanan turun ke Kem Induk Everest (EBC).



Apa yang lebih mengkagumkan, " Allahuakbar" sebanyak tiga kali merupakan laungan pertama apabila Siti Hanisah menjejakkan kaki di puncak Gunung Everest dan didengari oleh pihak media menerusi walkie talkie.



Tanpa memikirkan risiko menunggu 60 jam di Kem 4 yang mempunyai paras oksigen rendah serta kemungkinan mendapat serangan radang paru-paru berair (HACE), anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu nekad membuktikan tiada yang mustahil jika mempunyai kemahuan berjaya.

6 comments :

akubiomed said...

Sudah tentu beliau mengharumkan nama negara dan menjadi kebangaan wanita di Malaysia.

jal said...

hebat kak nisah ni heheh, semangat tu penting dalam apa2 yang kita buat

Kucing Hitam said...

BAGUS LA LEPAS NIE LEH DPT DATUK
http://long-cham.blogspot.com/

ArELeEz said...

tabik spring.. toink3!! ;)

cUe aiN said...

semalam bawu je jumpe die...die kongsi cerita pasal expidisi ke gunung everest...woow hebat sgt~! kte nek gunung jerai je..tu pn trmegah2 dah..haha

Estrox Cosmo said...

Bukan calang orang untuk ke puncak Everest. Tak kira lelaki atau wanita. Hanya yang berani mati saja.
Semoga engkau Siti Hanisah Sharuddin jadi sumber inspirasi rakyat Malaysia. WOW!