Tuesday, May 21, 2013

SUKA SANGAT MENGHUKUM



Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Tidak dinafikan segelintir masyarakat kini suka sangat menghukum orang lain apabila tersebar sesuatu berita atau kejadian. Mereka dengan beraninya mengatakan si A bersalah dan si B tidak bersalah, walhal, mereka sendiri tidak pasti dengan kejadian sebenar yang berlaku.








Pengaruh media sosial merupakan satu platform terbaik bagi menyebarkan sesuatu berita dan perkara. Melalui media sosial, kita boleh berkongsi dengan ramai orang dan berita akan cepat tersebar dan diketahui umum hanya dengan satu klik dan satu saat sahaja. Semakin ramai orang mengetahui sesuatu berita, semakin banyaklah andaian yang mengatakan pihak mana yang bersalah dan pihak mana yang tidak bersalah.




Kita sebagai seorang manusia janganlah suka sangat menghukum orang lain atas sesuatu perkara. Jika kita tidak mengetahui perkara yang sebenar, lebih baik diam daripada berkata-kata. Risau juga kata-kata kita itu boleh menimbulkan fitnah kepada orang lain. Selidiklah perkara itu dengan sebenar-benarnya dan barulah boleh berkata-kata.









Jika kita sudah tahu siapa yang bersalah, jangan terus menghukum orang tersebut. Ketahui sebab mengapa mereka melakukan sedemikian. Mungkin ada masalah peribadi atau pelbagai kemungkinan yang lain. Manusia bukan malaikat. Kita hidup penuh dengan kekhilafan dan kesilapan. Itu normal apabila kita melakukan kesilapan. Dari kesilapan kita belajar erti kehidupan.




Cuba bayangkan kalau perkara itu berlaku kepada kita. Apa perasaan kita kalau kita dihukum oleh orang lain sedangkan perkara itu tidak benar? Pasti kita berasa sedih dan tertekan. itulah juga perasaan yang dihadapi oleh mereka.




PCB sedikit kecewa dengan sikap segelintir masyarakat kini yang gemar menghukum tanpa menyelidik sesuatu perkara terlebih dahulu. Jangan sampai terkena batang hidung sendiri baru menyesal seumur hidup.


1 comment :

Berita Kaki said...

yeahh..aku tak suka macam tu ..ada je org hukum tanpa asas..memang sesuatu yg tak dapat dielakkan