Saturday, May 18, 2013

USTAZ KAZIM ELIAS DIUGUT BUNUH


Ustaz Kazim Elias yang popular dalam mengelolakan rancangan Kalau Dah Jodoh di Astro Oasis diugut bunuh oleh seseorang yang tidak dikenali.


Mari kita baca antara isi dalam akhbar Metro hari ini mengenai kejadian Ustaz Kazim Elias diugut bunuh.


Ustaz Kazim Elias


*******************************************************************************

Kuala Lumpur: “Saya terpaksa berhenti berceramah kerana bimbang sesuatu buruk menimpa keluarga. Selain dimaki hamun dalam blog dan Facebook, ada yang datang ke rumah dan pusat pengajian memberi ugutan (mahu) memukul dan membunuh saya.
“Ya, saya akan berhenti berceramah 28 November depan kerana saya kecewa difitnah dan dicerca bukan-bukan oleh pihak tidak bertanggungjawab,” kata penceramah bebas, Mohd Kazim Elias Al-Hafiz, 41, atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim.
Beliau yang juga pengasas Pusat Pendidikan Al-Barakah bertekad tidak mahu lagi menerima undangan ceramah kerana kecewa dituduh ‘Ustaz Politik’.


Katanya, kesal dengan tuduhan yang dilemparkan beberapa pihak tertentu, beliau yang hampir 23 tahun berceramah di seluruh Malaysia memberi tumpuan terhadap pusat pengajiannya di Kampung Manjoi, Perak.

Selain itu, menurutnya, keputusan berhenti berceramah dibuat kerana ketika ini beliau tidak berapa sihat, selain baru-baru ini berlaku satu insiden rumahnya di Ipoh, Perak apabila ada pihak cuba menyimbah cuka.
*********************************************************************************

PCB pon tidaklah selalu melihat video ceramah Ustaz Kazim di youtube. Tetapi, sepanjang pengamatan PCB, PCB tidaklah merasakan yang dia sesuai dilabel 'Ustaz Politik'. PCB suka mendengar ceramah dia terutamanya berkaitan soal jodoh. Contoh yang diberikan sangat sesuai untuk umum.

Apa nak jadi sampaikan Ustaz pon diugut untuk dicederakan dan dibunuh. Tapi PCB berharap agar Ustaz Kazim terus memberi ceramah kerana dakwah itu perlu dilakukan sentiasa tanpa perlu berhenti. Tapi, kalau itu sudah mengganggu keselamatan diri dan keluarga, mungkin ada jalan lain yang lebih baik.

p/s PCB rasa yang bagi ugutan ni pon mungkin antara golongan pengikut politik yang terlalu fanatik.

sumber asal: myMetro .

10 comments :

Puteri Iqa Izyan said...

Oh patut la UKE ni nak quit dari bagi ceramah pon.

tapi, UKE mmg best bile bab bg ceramah. Cara die bg ceramah tegas tapi penuh adab. Senang hati nak terima wpun terkena batang hidung sendiri. Setiap soalan yg org tanya dia bg jawapan yg elok tp kelakar jugak. Takde lah nak merapu sgt kan :P

Ustaz politik? Hahaha. Ustaz lain yang duk politik boleh pulak org terima. Pelik betul. Setakat ni apa ustaz ni cakap memang umum. Kalau terasa, nasib la kan ;)

Shafiq said...

Setuju dengan PCB. Ustaz Kazim ni ceramah dia takdelah berbaur politik. Jadi, agak kurang sesuai label 'Ustaz Politik'. Sayanglah, pengisian ceramah dia bagus. Terutama yang kat Astro Oasis tu.

Anonymous said...

musuh2 islam ni tak kacau ustaz2 politik lain sebab mereka masing2 berbalah..ustaz kazim berbeza.. Musuh2 ni takut islam malaysia bersatu dan kuat

whitecappuccino said...

manusia ramai yg tak betul..mengugut membunuh perkara biasa bagi mereka.

Hazmin Hamudin said...

Sampaikan ustaz pun diugut bunuh. Apa la dengan orang sekarang ni

Rabiatul Adawiyah Abd Rahim said...

Tak patut betul orang yang ugut Ustaz Kazim Elias macam tu. Memang tak patut !! Semoga Allah SWT sentiasa melindungi UKE sekeluarga. AMIN.

Anonymous said...

Mcm2 org kutuk ustaz kazim ni. Sy xpernah pun dgr ceramah ustz ni yg berbaur politik. Sume nasihat dlm bntuk lmbut dan mudah diterima..sejuk je ati. Itu pun ade yg sibuk nak ugut bunuh. Xfhm.

affandy alias said...

Org kafir je yang buat kerja mcm tu..ustaq kazim terbaik..mane ade org yg betul2 sempurna..

affandy alias said...

Ustaq kazim terbaik..ceramah dgn dalil2nya..x ade org yg sempurna..jgn kalau ditegur sikit smpi nk bunuh2..semoga ustaq dilindungi allah

affandy alias said...

Org kafir je yang buat kerja mcm tu..ustaq kazim terbaik..mane ade org yg betul2 sempurna..