Thursday, June 27, 2013

ALHAMDULILLAH. DAPAT KERJA TETAP AKHIRNYA.



Agak-agakkan apalah perkara yang paling merisaukan selepas seseorang bergelar "fresh graduates"? Of course. Bila nak dapat permanent job? Kalau bagi lelaki, permanent job tu penting sebab itulah sumber kewangan nak kumpul duit untuk pergi meminang anak dara orang. Bagi perempuan pula, sudah tentulah nak shopping guna duit sendiri. =D.



Sedar atau tak, zaman sekarang memang sangat susah nak dapatkan kerja tetap. Ye lah, kalau nak mengharapkan kerja kerajaan, dengan application yang terlalu banyak, plus tempoh persaraan yang makin lama, memang tipislah kan peluang untuk "fresh graduates" bekerja dengan government. Jadi, perlulah beralih kepada "private sector". Saingan untuk private companies pon tak kurang hebatnya. Setiap tahun berapa ramai "fresh graduates" yang keluar dari universiti awam dan swasta. Jadi saingan memang sangat tinggi.



Sejarah kerja PCB. PCB pon menghadapi kesukaran dalam mencari pekerjaan. PCB bermula sebagai seorang "part time promoter" di DIGI. Bagi PCB kerja seperti ini sebenarnya bagus bagi "fresh graduates" sebelum mendapatkan kerja tetap kerana dapat memberi pengalaman kerja yang sebenar. Memang penat sebab bekerja dari pagi sehingga malam dan cuti sekali seminggu. Namun, pengalaman itu lebih penting sebenarnya.



Selepas 2 bulan di DIGI, PCB mengambil keputusan untuk join program yang dianjurkan oleh Kerajaan untuk "fresh graduates". Bagi PCB, program seperti ini sangat bagus sebab menambahkan nilai kebolehpasaran seseorang graduan. Ye lah, graduan ramai, jadi kita perlu tonjolkan sesuatu bagi membezakan kita dengan graduan lain. Barulah majikan terdorong nak ambil kita bekerja.



Memang banyak belajar dekat sana. Dari segi penggunaan Bahasa Inggeris, modul yang diajar sangat sesuai dengan suasana kerja seperti etika dalam bekerja, semangat bekerja dalam pasukan, menghasilkan nilai tambah dalam diri dan banyak lagi. Tambahan pula, PCB perlu menyertai "internship" di syarikat yang dipilih untuk beberapa bulan sebagai persediaan menghadapi alam pekerjaan.


Alhamdulillah. rezeki sudah ditentukan oleh Allah SWT. PCB dipanggil temuduga di Prudential Assurance Malaysia Berhad. Seminggu selepas itu terus dapat jawapan yang PCB berjaya. PCB terus buat medicak check up dan sign offer letter menerima jawatan di Prudential. InsyaAllah, 8 Julai nanti bermulalah kehidupan PCB sebagai "Outbound Call Service Executive" di Prudential. Alhamdulillah.



jom saksikan video Mat Luthfi berkenaan perangai graduan sekarang yang terlalu memilih kerja.



p/s Zaman sekarang tiada istilah nak pilih-pilih kerja, melainkan pointer anda terlalu gempak =D

12 comments :

akubiomed said...

Tanniah bro. Persaingan sengit dengan pekerja yang berpengalaman pun satu hal juga.

Kalau ada syarikat yang menawarkan apprentice pun bagus juga boleh terus serap kalau mempunyai prestasi yang bagus.

whitecappuccino said...

Tahniah PCB! selamat berkhidmat dengan penuh dedikasi :)

EDtv said...

tahniah & selamat bertugas!

Mat Gebu said...

Tahniahh PCB....boleh lah belanja pcm nanti...ehemmm (*___^)

Anisa Anuar said...

tahniah3...tahniah

aLamS LegacY said...

tahniah bro....moga happy dgn keja baru.....

Rabiatul Adawiyah Abd Rahim said...

Alhamdulillah, tahniah ! :)

fyna said...

alhamdulillah. rezeki kan. selamat berkerja ye.

zainatul abu bakar said...

Tahniah PCB =) kerja elok2 hihi

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

alhamdulillah..hehe bro, klu ada kosong roger2 ek.. still unemployed :(

Carl Lesmana said...

Alhamdulillah tahniah bro :)semoga abg pcb sukses selalu. gaji pertama nak bodek abg pcb belanja neh hahahaa .

Hafizul said...

Alhamdulillah..tahniah bro..semoga berjaya selalu dalam kehidupan ni..hehe