Thursday, June 13, 2013

BLOGGER 'HANTU' DIHARAMKAN | PEMILIK BLOG PERLU DEDAH IDENTITI



Kerajaan Malaysia kini mengharamkan blogger hantu dan pemilik blog perlu dedah identiti bagi mengelakkan penyebaran maklumat palsu dan fitnah daripada berleluasa. Peraturan ini dilaksanakan supaya pengamal media sosial termasuk pemilik blog dan portal lebih bertanggungjawab dalam menyebarkan maklumat.



Untuk berita lanjut, boleh rujuk sini .




PCB bersetuju dengan cadangan yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia. Sejak dua menjak ni, terlalu banyak khabar angin dan fitnah berleluasa terutamanya dalam media sosial sehingga kadang-kadang tidak terkawal. Kita seharusnya bersyukur kerana Kerajaan tidak menyekat kebebasan untuk mengakses internet bagi laman web tertentu, tetapi gunalah peluang yang diberikan itu dengan bermanfaat.



Namun seperti biasa, pasti ada pihak yang mengambil kesempatan dengan apa yang diberikan dan menggunakan platform blog sebagai tempat untuk menyebarkan fitnah. Disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga. Rakyat Malaysia kini juga lebih memilih blog kerana di situ mereka dapat memberi pandangan dan idea sendiri. Namun disebabkan ada sesetengah pihak yang menyalahgunakan tujuan berblog, hampir kesemua blogger dipandang serong.



Satu lagi perkara kurang sihat dalam dunia blog adalah kehadiran unknown atau "anon" yang memberi komen sensitif tetapi tidak ingin identiti mereka dirahsiakan. Kenapa perlu takut? Jika anda benar-benar berani, nyatakan identiti anda. Kenapa perlu takut kan? Pernah ada kes fitnah dilemparkan, ugutan bunuh diberikan dan semuanya adalah unknown. Namun, dengan teknologi terkini, "anon" boleh dijejaki.



Jadi, gunalah medium blog dengan seelok-eloknya. Jangan suka timbulkan sensitiviti melalui penulisan anda. Pastikan anda menapis segala perkataan anda sebelum ditunjukkan kepada umum. Nak jadi seorang blogger, bukan sekadar tulis dan tulis. Perlu ada etika dalam menulis dan perlu jaga sensitiviti masyarakat sekeliling.

11 comments :

jal said...

ada baik buruk jugak sebenarnya benda ni, harap baiknya lebih banyak lah daripada buruknya

tenku butang said...

hai.. salam kenal..

follower ke 2159

done follow.. jom follow blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/

klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

akmall said...

kan.. nasib baik takde permit dipersetujui untuk penulis blog. Kalau ada... aduh...huhuh

titan said...

hoho..gua tak kesah..

Ezad Skytech said...

harap lepas ni takde la wujud "ANON" ni lagi...

eZmALiZa said...

hi saya anon yang baik datang komen. kikiki :D

deno said...

deno pun setuju..

skrg mcm2 fitnah yg berpunca dari laman sosial...

mizi said...

saya follow ke 2161 tolong follow saya balik

Lydia Miza said...

Hehehe... Pasni kita boleh kenal org yg kita x kenal kan wan?

J.Syazwana said...

naseb baik blog aku ni tempat aku merepek je bukan yang serius. hahaha.

Hafizul said...

Bagus juga saranan kerajaan nih..hehe