Tuesday, June 4, 2013

CAT FARISH TERSINGKIR | MASTERCHEF SELEBRITI MALAYSIA 2 EPISOD 27 & 28



Cat Farish tersingkir dalam Masterchef Selebriti Malaysia 2 Episod 28. Untuk Episod ke 27 Masterchef Malaysia 2, semua peserta dikehendaki menyertai Cabaran Sajian Luar setelah mereka membahagikan kumpulan pada episod sebelumnya. Untuk kali ini, mereka akan memasak kepada 25 tetamu di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC). Mereka akan diberi peluang memasak di dapur profesional. Resepi sudah diberikan kepada mereka kecuali 'dessert ' yang mereka perlu cipta resepi sendiri.


Hidangan yang disediakan adalah seperti berikut:



      

Appetizer, Main Course dan Dessert Kumpulan Merah .






 Appetizer, Main Course dan Dessert Kumpulan Biru .




Untuk mengetahui sama ada Kumpulan Merah atau Kumpulan Biru yang menang, nantikan episod ke 28.


Untuk episod ke 28 ini, keputusan bagi Cabaran Sajian luar diumumkan di mana Kumpulan Merah memenangi cabaran kali ini dan Kumpulan Biru terpaksa ke pusingan penyingkiran. Jadi Che Ta, Cat Farish, Celina dan Syura perlu menghadapi pusingan penyingkiran dan siapakah yang akan tersingkir seterusnya?



Bagi pusingan penyingkiran, mereka akan diberi ujian kemahiran iaitu TELUR . Mereka perlu menyediakan 'meringue' dengan memukul putih telur.Mereka perlu memastikan putih telur yang dipukul oleh mereka tidak jatuh apabila bekas yang mengandungi putih telur tersebut diterbalikkan. Mencabar bukan =D. Akhirnya Celina berjaya dan terselamat dari penyingkiran.



Celina berjaya dalam ujian ini.



Bagi Cat Farish, Syura dan Che Ta, mereka perlu menyediakan hidangan menggunakan telur putih yang mereka pukul tadi dalam masa 1 jam. Hidangan bagi mereka bertigai sediakan adalah seperti berikut:



pavlova lembut bersama buah-buahan (Syura)


pavlova dealova (Che Ta)

Salji Putih (Cat Farish)


Jika dilihat, berisiko sebenarnya antara Syura dan Che Ta kerana menghasilkan makanan yang sama. Namun begitu, keputusan Chef, Cat Farish yang terpaksa meninggalkan Masterchef Selebriti Malaysia 2. Dengan tersingkirnya Cat Farish, hanya tinggal 7 peserta sahaja dalam Masterchef Selebriti Malaysia 2.




Cat Farish berjaya menderma RM7,000 kepada Mercy Malaysia. Tahniah buat Cat Farish. Sampai ke tahap ini sebenarnya sudah cukup membanggakan.

2 comments :

Lydia Miza said...

Kalau bg pilihan mana sajian yg akak nk mkn akak pilih cat punya. X mo yg dua tu.manehhh

nazray said...

semuanya nampak sedap, tak sangka artis Malaysia ni pandai masak.