Monday, June 24, 2013

CHE TA TERSINGKIR | SEPARUH AKHIR MASTERCHEF SELEBRITI MALAYSIA 2 EPISOD 39



Che Ta tersingkir dalam Separuh Akhir Masterchef Selebriti Malaysia 2 Episod 39. Selepas Kenchana tersingkir untuk ke separuh akhir, 3 selebriti akan bertarung untuk ke Final Masterchef Selebriti Malaysia 2 iaitu Celina, Syura dan Rozita Che Wan.


selebriti ke Separuh Akhir : Celina, Syura dan Che Ta


Lokasi mereka untuk kali ini adalah Brahim's Airline Catering. Cabaran kali ini adalah mereka perlu menyediakan hidangan yang menggambarkan diri masing-masing tetapi perlu sesuai untuk "packaging" di atas kapal terbang. 3 jam diberikan kepada mereka untuk menyiapkan hidangan bagi 10 orang. Mereka akan dibantu oleh chef-chef di Brahim's Airline Catering.



 Hidangan Fusion dari Celina


 Hidangan Sihat dari Che Ta


Hidangan Stew dari Syura



Keputusan diumumkan. Syura mendapat markah yang tertinggi. Markah kedua tertinggi pula adalah Celina dan dengan ini menunjukkan bahawa Che Ta tersingkir. Che Ta berjaya mengumpulkan RM10,000 kepada Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia.


Che Ta tersingkir.


Tinggal Celina dan Syura yang akan bertarung dalam Final Masterchef Selebriti Malaysia 2 pada hari esok. Nantikan Final Masterchef Selebriti Malaysia 2 esok.

4 comments :

Pok Cik said...

Tahniah buat che ta.....biarpun dari awal PokCIk agak menyampah dengan gelagat che ta namun dia telah menunjukkan dia cara dan sikap dia buka kayu pengukur untuk dia diperkecilkan....tahniah che ta.....tabik spring 3X...

ArELeEz said...

go, syura! go, syura! ;)

uncle gedek said...

Celina tu comel siot!

Rabiatul Adawiyah Abd Rahim said...

Tahniah Che Ta sebab dapat top 3. Congrats! :)