Sunday, June 9, 2013

ENOT TERSINGKIR | MASTERCHEF SELEBRITI MALAYSIA 2 EPISOD 30



Enot tersingkir dalam Masterchef Selebriti Malaysia 2 episod 30. Untuk pusingan penyingkiran, 4 peserta menghadapi penyingkiran iaitu Enot, Celina, Michael Ang dan Rozita Che Wan. Untuk pusingan penyingkiran, mereka dikehendaki menyediakan pemanis mulut atau 'dessert' dengan menggunakan bahan herba yang telah diberikan iaitu bunga kantan, serai, daun selasih dan daun limau purut. Mereka diberikan 1 jam untuk menyediakan hidangan tersebut.


Antara hidangan yang disediakan mereka adalah seperti:


Brulee Purut (Che Ta)

Puding Kukus Serai (Celina)

Tart telur (Michael Ang)

Tiramisu serai dan limau purut (Enot)


Akhirnya keputusan bagi pusingan penyingkiran adalah Enot tersingkir. Enot berjaya menyumbangkan RM7,500 kepada Pertubuhan Kebajikan Inspirasi Kanak-kanak. Syabas Enot!


Enot tersingkir.



Selepas ketiadaan Enot, Masterchef Selebriti Malaysia kini hanya tinggal 6 orang sahaja iaitu Celina, Syura, Che ta, Kenchana, Michael Ang dan Syanie. Untuk cabaran seterusnya iaitu cabaran sajian luar, seperti biasa mereka akan dibahagikan kepada 2 kumpulan. Syura sebagai pemenang cabaran sebelum ini automatik menjadi ketua kumpulan.


Keputusan bagi pembahagian kumpulan adalah seperti berikut.


Merah - Syura (ketua), Celina dan Syanie

Biru - Che Ta (Ketua), Michael Ang dan Kenchana.



Nantikan Cbaran Sajian luar esok =D

5 comments :

Leeza dayasari [santai leeza] said...

semakin hangat....

Leeza dayasari [santai leeza] said...

semakin hangat....

Faizal Fredley said...

sokong che ta ngn syura....

Aku Penghibur said...

ala kenapa enot ?? x pela diA dh cuba terbaik

Rabiatul Adawiyah Abd Rahim said...

Yay ! Enot keluar jugak akhirnya. Bukan tak suka dia. Tapi dia macam pelik sikit lah.