Sunday, June 9, 2013

EPISOD 29 | MASTERCHEF SELEBRITI MALAYSIA 2



Masterchef Selebriti Malaysia 2 Episod 29. Selepas Cat Farish terkeluar pada minggu yang lalu, kini peserta yang tinggal adalah 7 orang. Untuk episod ke 29, para peserta akan menghadapi Peti Saji Misteri dan Ujian Cipta Rasa.



Untuk Peti Saji Misteri, semua peserta dikehendaki menyediakan hidangan yang berasaskan testikel kambing. Mereka boleh mengambil 10 bahan tambahan di pantri dan mereka hanya diberikan masa selama 1 jam 30 minit sahaja. Pemenang bagi Peti Saji Misteri adalah Syanie dengan hidangan Keteluran masak Kicap.





Untuk Ujian Cipta Rasa pula, Syanie diberi peluang untuk memilih bahan dan negara untuk dimasak bagi rakan-rakannya. Terdapat 7 bakul yang mengandungi bahan-bahan dari 7 buah negara. Setiap peserta mendapat dada ayam sebagai sumber protein. Mereka hanya diberikan 1 minit di pantri dengan 6 bahan masakan yang lain.


Syanie memilih untuk dirinya Thailand, Kenchana untuk Vietnam, Enot untuk India, Syura untuk Indonesia, Che Ta untuk Filipina, Michael Ang untuk Jepun dan Celina untuk China. Keputusannya adalah Syura berjaya dalam Ujian Cipta Rasa dan melayakkan Syura untuk menjadi ketua kumpulan pada cabaran sajian luar nanti.



Syanie dan Kenchana selamat. Dan empat peserta yang akan ke pusingan penyingkiran esok adalah Che Ta, Michael, Celina dan Enot.