Saturday, June 22, 2013

EPISOD 37 | MASTERCHEF SELEBRITI MALAYSIA 2


Masterchef Selebriti Malaysia 2 Episod 37. Kali ini Celina, Syura, Kenchana dan Che Ta akan meneruskan cabaran bagi menempatkan diri untuk ke Final Masterchef Selebriti Malaysia 2. Seperti episod yang lepas, Che Ta mendahului kutipan mata bagi cabaran yang lalu.



Untuk Episod 37 Masterchef Selebriti Malaysia 2, mereka berempat diberi cabaran membuat hidangan PASTA. Masa diberikan selama 1 jam 15 minit bagi mereka menyiapkan hidangan pasta yang terbaik. Pemenang bagi cabaran ini adalah Syura.



Fetuccini Udang bersama Minyak Zaitun - Syura



Markah untuk cabaran pasta adalah Syura (2.5), Che Ta (2.0), Kenchana (2.0), dan Celina (1.0). Tahniah buat Syura.



Untuk cabaran kedua pada episod kali ini adalah AYAM. Mereka perlu "debone" ayam dan balut isi ayam (dada) menggunakan bahagian kaki. Mereka diberikan masa selama 1 jam 30 minit bagi menggulung dan memasak ayam tersebut.


Hidangan Ayam - Celina


Celina menjuarai cabaran ini dengan 3.5 markah, manakala Kenchana, Syura dan Che Ta berkongsi markah yang sama iaitu 2.5 markah.





Keputusan keseluruhan bagi ketiga-tiga cabaran yang sudah mereka lalui adalah dengan Che Ta mendahului dengan 7.5 markah. diikuti dengan Syura dan Celina dengan 6.5 markah dan Kenchana dengan 5.5 markah.



Nantikan Episod 38 Masterchef Selebriti Malaysia 2 esok bagi menentukan siapakah yang akan tersingkir dan siapakah yang layak ke pusingan seterusnya.

1 comment :

deno said...

terliur pulak deno tengok... nyum2! btw, betul ke deno dgr sbnrnya astro dah rancang pemenang?