Friday, June 21, 2013

JANGAN JADI BLOGGER SOMBONG



PCB bukanlah orang yang layak untuk bercakap tentang dunia blog. Masih ramai blogger-blogger di luar sana yang lebih berpengalaman dan lebih hebat daripada PCB. Namun, atas inisiatif sendiri mahu melihat perubahan terutamanya dari segi sikap dan "attitude" golongan blogger, PCB terpanggil untuk menulis artikel yang tidak seberapa. Harap tiadalah yang copy paste entri ini ye =D.



PCB lihat terdapat segelintir blogger yang PCB kenal sangat menyombong diri. Sombong dari segala segi. PCB tidak pasti apakah mereka sedar atau tidak sikap mereka itu tidak disenangi oleh kebanyakan blogger-blogger yang lain. Itu baru blogger yang PCB kenal, belum masuk yang PCB tidak pernah kenal dan sebagainya.




Ada yang terasa diri itu tersangatlah "famous" hanya kerana bilangan pengikut blognya jauh lebih ramai berbanding dengan pengikut blog lain. Rasa bangga itu menusuk diri mereka sehinggakan terasa merekalah hebat. Sedarlah wahai blogger sedemikian, jumlah pengikut blog tidak menentukan blog anda berkualiti atau tidak. Jujur PCB katakan ada blogger yang gilakan mahu pengikut yang ramai sampaikan menggunakan pelbagai cara sehinggakan lupa untuk menjaga kualiti penulisan blog.



Memang tidak dinafikan kita sebagai seorang blogger tidak 100% menghadap komputer dan blogwalking setiap masa. Lainlah kalau kita memang benar-benar blogger sepenuh masa. PCB tahu kita juga punya kehidupan dan kerjaya sendiri dan bagi yang masih bersekolah, mereka mempunyai kerja sekolah yang perlu diselesaikan. Namun, apa kata kita ambil sedikit masa menghargai pelawat yang datang ke blog kita. Mungkin kita boleh melihat kembali blogger yang komen di entri blog kita. Itu cara termudah untuk kita blogwalking.





PCB sedikit kecewa apabila ada sesetengah blogger yang langsung tidak mahu bertegur sapa walhal sudah banyak kali kita menegurnya seolah-olah kita langsung tak dipandang. Janganlah sebegitu kerana ia hanya akan menjejaskan reputasi anda sebagai seorang yang terkenal. PCB lihat ada saja blogger terkenal yang tidak sombong dan sentiasa bertegur walhal mereka ramai peminat. Ini menunjukkan antara hendak atau tidak.



PCB yakin pasti ada blogger yang kurang berpuas hati dengan artikel ini. Namun, setiap orang mempunyai pandangan masing-masing. Siapa yang makan cili, dialah yang terasa pedasnya, betul tak? =D

11 comments :

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

harap entry ni buka mata ramai pihak. good entry pakcik biola..hehe ;)

Sumijelly Sumi said...

errkkkkkkk..kita dah pernah berjumpa ker??hik3...

kalu berjumpa tegur2 la yek....

http://Sumijelly.com

Khairil Mazri said...

assalamuaikum

benda nie sy pernah ulas dalam blog saya, tapi tiada sapa mengetahui penulisan saya yang boleh tahanlah.

apa pun, jangan diri sendiri jadi seperti mereka.

Carl Lesmana said...

great sharing pcb . like like like . :)

KiD said...

Kringgg... kringggg.... hehehe

Shawn Razaleigh said...

saya blogger sombong. mmmmuah mmmuahhh. hahahaha


cari readers bkn followers

Yumida Huda said...

sesetengahnya memang begitu
mungkin kebizian melanda..or byk keje sekolah nak disiapkan..hehe
xpe..kita beralih pd yg mesra alam je

zeera lily said...

betul2... x kisaH la brape bnyk pengikut blog tu.. jnji entry2 dia semua ada pengisian yg bagus.. setengah blogger bnyk sgt entry gossip artis, mcm x de modal lain.. stakat nk tw kisah artis follow je la fb, twitter or iG diorg.. ni bila dijadikan entry kdg2 diolah ayat sndiri bnyk yg jd fitnah... adoi..

Tedi said...

Kalau tulisan mereka bagus, Tedi ok je coz yg Tedi suka ialah baca tulisan mereka.

iAmCekbolat said...

betul ! bolat pun kecik hati dgn 2 3 org blogger tu , nak kata pemes mcm maria elena ke lain2 ke takpun . hmmm

Aizuddin Azmi said...

PADU! Teruskan berkarya PCB! ;)

http://deenazmee.blogspot.com