Sunday, June 23, 2013

KENCHANA TERSINGKIR | MASTERCHEF SELEBRITI MALAYSIA 2 EPISOD 38


Kenchana tersingkir Masterchef Selebriti Malaysia 2 Episod 38. Untuk Episod 38 atau pusingan terakhir sebelum mereka melangkahkan kaki ke Separuh Akhir Masterchef Selebriti Malaysia 2, cabaran mereka adalah bertanding memasak bersama chef yang sudah berpengalaman. Chef yang dijemput adalah Chef Fuad Tahir yang mempunyai 22 tahun pengalaman memasak dan menjadi chef di Pullman Lakeside Putrajaya.



cabaran hari ini - Risotto Tomyam (hidangan dari Chef Fuad)



Mereka diberi peluang untuk merasai dahulu risotto tomyam sebelum menyediakan hidangannya. Walaupun resepi diberikan kepada mereka, namun, memasak risotto bukanlah semudah yang disangkakan. Pemenang bagi cabaran kali ini adalah Celina dengan 2.5 markah, diikuti dengan Syura, Che Ta dan Kenchana mendapat 2 markah.



Risotto Tomyam Celina terbaik =D



Secara keseluruhan, markah yang dikumpul oleh mereka secara keseluruhan adalah:


Rozita Che Wan - 9.5
Celina - 9.0
Syura - 8.5
Kenchana - 7.5


Kenchana tersingkir.


Kenchana tersingkir dan dapat menyumbangkan RM9,000 kepada Child Information, Learning and Development Centre (CHILD). Setelah Kenchana tersingkir, 3 selebriti yang akan melangkahkan kaki ke Separuh Akhir Masterchef Selebriti Malaysia 2 adalah Che Ta, Celina dan Syura.

1 comment :

Cik Gee said...

dah spoiler kata Syura yg menang.

hehe.. cam kenal.