Saturday, June 15, 2013

KEPUTUSAN MAJLIS TILAWAH AL QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2013 KALI KE 56



Malam ini diumumkan Keputusan Majlis Tilawah Al Quran peringkat Kebangsaan 2013 kali ke 56. Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan pada tahun 2013 diadakan di Dewan Besar Balai Islam, Kompleks Islam Darul Naim, Lundang, Kota Bharu Kelantan.


kredit gambar: AUC .



Keputusan Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan 2013 kali ke 56 adalah seperti berikut:


Qari

1) Pertama: Anuar bin Hain (92.33%) Perak

2) Kedua: Amir Rahman bin Abas (89.67%) Negeri Sembilan

3) Ketiga: Muhamad Hafaz bin Ali (86.67%) Terengganu


Qariah

1) Pertama: Hanimzah Haji Jalaluddin (88.34%) Pahang

2) Kedua: Nor Azrah binti Ayu (86%) Johor

3) Ketiga: Marzian binti Mohd Deli (84.34%) Kedah


kredit keputusan: zamani abe .


Hadiah

Johan: Wang tunai RM15,000, Piala Iringan, Cenderamata dan sijil penyertaan serta Kereta Proton Preve tajaan Tabung Haji

Naib Johan: Wang tunai RM10,000, cenderamata dan sijil penyertaan

Ketiga: Wang tunai RM7,000, cenderamata dan sijil penyertaan

Saguhati: Wang tunai RM3,000, cenderamata dan sijil penyertaan


p/s masih terasa kenapa hadiah yang diberikan untuk majlis semulia ini tidak lebih tinggi daripada hadiah dalam rancangan hiburan. Sepatutnya majlis sebegini lebih banyak tajaan kerana kita memuliakan Al Quran.

4 comments :

||aLeaSaRa|| said...

alhamdulillah tahniah kepada semua ^^

ArELeEz said...

cayalah org perak! he3..

fyna said...

tahniah kepada pemenang.

Hafizul said...

hehe..hadiah sangat lumayan kan?alhamdulillah ad agok terengganu kiter..hehe