Tuesday, June 11, 2013

KERETA BMW BLOGGER BEAUTIFULNARA DILARIKAN



Kereta BMW milik blogger BeautifulNara dilarikan perompak di Aman Puteri dekat Sungai Buloh petang semalam. Pemilik blog Beautifulnara atau nama sebenar, Nazuwan Ahmad mengatakan beliau kerugian hampir RM350,000 selepas kereta BMW miliknya dilarikan perompak.

Blogger BeautifulNara bersama dengan Amy Sarch.


Di bawah ini adalah artikel mengenai berita ini daripada Sinar Harian.


"SUNGAI BULOH - Seorang blogger portal hiburan BeautifulNara atau nama sebenar Nazuwan Ahmad kerugian kira-kira RM350,000 apabila kereta BMW miliknya dilarikan tiga penjenayah di kawasan Aman Puteri, di sini petang semalam.
Nazuwan berkata, ketika kejadian kira-kira jam 2.10 petang, dia bersama isteri, Fadzlin Zulkiflee dan seorang anak mereka sedang melihat kerja ubahsuai rumah yang baru dibeli di kawasan berkenaan. 


Katanya, tiba-tiba datang kereta jenis Perodua MyVi hitam, meluru ke arah mereka sekeluarga dan tiga lelaki bertopeng mengeluarkan parang.



"Penjenayah mengugut saya dengan parang, mengambil duit RM30 di dalam beg duit dan melarikan kereta BMW 3 Siri berwarna putih berplat WWM 7040.



"Saya sangat gementar dan bimbang dicederakan oleh lelaki itu. Saya tergamam dan terus memberikan apa sahaja yang diminta oleh mereka. Saya rasa, mereka memang dah jadikan kereta itu sebagai sasaran,” katanya.



Beliau berkata, mereka sekeluarga selamat dan telah membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Pelong, Kuang.



Katanya, sesiapa yang terlihat atau mempunyai maklumat berhubung keretanya, boleh menghubungi beliau di talian 017-2678341."



Semoga kereta BMW milik blogger BeautifulNara dapat dijumpai semula.


p/s berhati-hati. perompak ada di mana-mana.

2 comments :

J.Syazwana said...

Kalau kereta hilang insurans boleh cover semua kan?

Ezad Skytech said...

perompak, penyamun tu ada kat mana2 je sekarang ni...so, hati2 la...huhu