Wednesday, June 12, 2013

MICHAEL ANG TERSINGKIR | MASTERCHEF SELEBRITI MALAYSIA 2 EPISOD 31 & 32



Michael Ang tersingkir dalam Masterchef Selebriti Malaysia 2 Episod 32. Untuk episod 31, mereka akan menghadapi cabaran sajian luar. Lokasi kali ini adalah di laman grill milik Chef Zubir. Untuk cabaran hari ini, pasukan merah dan biru akan memasak "steak" bersama dua jenis sos dan hidangan sampingan. Mereka perlu menyediakan "steak" terlebih dahulu tanpa perlu memasaknya. Mereka hanya akan memasak apabila ada pesanan.



Untuk cabaran kali ini, 40% akan diberikan daripada juri Masterchef dan 60% lagi diberikan kepada chef-chef profesional yang akan sendiri merasai hidangan mereka. Apa yang lebih mencabar kali ini adalah mereka perlu memasak steak mengikut bilangan dan jenis steak yang dipesan sama ada rare, medium atau well done.



 Aksi kumpulan biru


Aksi kumpulan merah


Masing-masing mendapat pujian kerana berjaya menghasilkan "steak" yang menarik, namun, terdapat kesilapan teknikal yang dilakukan oleh kumpulan biru apabila mereka menghantar hidangan yang salah daripada apa yang pelanggan pesan.



Untuk episod ke 32, keputusan diumumkan. Kumpulan Merah memenangi Cabaran Sajian Luar kali ini dan sekaligus membuatkan kumpulan biru terpaksa ke pusingan penyingkiran.


Kenchana, Che Ta dan Michael Ang ke pusingan penyingkiran.



Untuk pusingan penyingkiran, mereka bertiga perlu merasa dan menyebut salah satu bahan dalam bubur lambuk.Che Ta dapat menjuarai pusingan ini dan membuatkan Kenchana dan Michael Ang perlu berebtap bagi menyingkirkan salah seorang daripada mereka. Mereka berdua perlu menyediakan hidangan bubur lambak seperti contoh yang disediakan. Cabaran buat mereka berdua kerana mereka tidak pernah memasak bubur lambuk sebelum ini.


70 minit diberikan dengan pantri terbuka. Jom kita lihat hidangan bubur lambuk yang mereka berdua sediakan.


Bubur lambuk Kenchana

Bubur lambuk Michael Ang




Akhirnya keputusan diumumkan. Michael Ang tersingkir dan Kenchana terselamat. Michael Ang berjaya menderma RM8,000 kepada Make-A-Wish Malaysia. Tahniah Michael Ang! Terdapat sedikit "drama" di situ di mana Che Ta ingin menarik diri tetapi Michael Ang menyatakan Che Ta layak untuk menjadi top 5. Akhirnya, Michael Ang pergi meninggalkan dapur Masterchef Selebriti Malaysia 2.


Top 5 Masterchef Selebriti 2 : Syura, Che Ta, Kenchana, Celina dan Syanie

6 comments :

fyna said...

hebat jugak che ta tue ye ^_^

Ezad Skytech said...

nampaknya Masterchef Selebriti kali ni akan dimenangi oleh selebriti wanita..:D

Rabiatul Adawiyah Abd Rahim said...

Ingatkan Michael Ang boleh jadi juara. Kali ni kaum wanita pulak akan jadi juara. Harap harap Celina, tak pun Syanie. :)

Rozita said...

makin lama makin hebat cabarannya...

J.Syazwana said...

baik hati jugek che ta ni. hahaha

Hafizul said...

Kesian saya tak pernha tgok citer nih..hehe