Monday, June 3, 2013

REZEKI DARI 8SHARE | KEBAIKAN 8SHARE



Alhamdulillah, kali ini dapat rezeki yang akan diberikan oleh 8share. Bagi sesiapa yang belum tahu, 8share adalah nama baru untuk Says. Walaupun nilainya takdelah seberapa, tapi baik ada daripada non ado langsung kan =D. Lepaslah nak bayar bil broadband maxis ni =D.Setakat ini PCB cuba maintain untuk dapatkan pendapatan daripada 8share setiap bulan.



E-mail yang baru PCB terima dari 8share


Secara jujur, PCB katakan 8share adalah laman web terbaik bagi sesiapa yang ingin mendapatkan pendapatan sampingan daripada melayari Internet. Kenapa? Di bawah ini PCB senaraikan beberapa kebaikan menggunakan 8share.


1) Masa yang singkat untuk dapatkan duit

PCB request untuk cash out 24 Mei yang lalu. Hari ini PCB sudah dapat email yang mengatakan cash out PCB sudah disahkan. Dalam masa seminggu lagi PCB akan dapat duit PCB. PCB hanya mengambil masa maksimum 18 hari untuk PCB dapatkan duit yang di cash out. Berbanding dengan sesetengah pengiklan yang mengambil masa hampir sebulan lebih sehingga 2 bulan untuk mendapatkan duit yang kita cash out.



2) Duit terus masuk ke akaun bank.

Ada sesetengah pengiklan yang memberikan cek kepada kita dan dihantar ke rumah. Ia mengambil masa beberapa hari sekiranya cek yang diberikan menggunakan bank yang berbeza daripada bank yang ingin kita bank in kan. Dah lah perlu menunggu berbulan-untuk dapatkan cek, kemudian apabila sudah mendapatkan cek, perlu tunggu beberapa hari baru boleh guna duit tersebut. Dengan 8share, duit terus masuk ke dalam akaun bank di semua bank di seluruh Malaysia.



3) Iklan yang menarik

Iklan yang disediakan oleh 8share menarik dan up-to-date. Kemudian, setiap iklan yang diberikan sudah siap disediakan platform bagi kita untuk berkongsi iklan tersebut seperti Facebook, Twitter, Google +, linkedin dan sebagainya. Bagi PCB sebagai seorang blogger, platform blog memudahkan lagi proses promosi iklan mereka.



Justeru itu, PCB ingin mengajak rakan-rakan tak kiralah blogger atau tidak untuk sama-sama menjana pendapatan sampingan seperti PCB. Jika anda rajin, anda mampu untuk mendapat beratus ringgit atau mungkin beribu ringgit dalam sebulan. 



Jika ingin join 8share, boleh klik di sini.



p/s lepas ni tunggu duit dari Churp-Churp dan Nuffnang lak =D

9 comments :

Mek Onie said...

wahhhhh,ramai jugak join benda ni :D

Rabiatul Adawiyah Abd Rahim said...

Wahh, tahniah ! :)

Ezad Skytech said...

ramai jugak blogger yg masyuk dengan 8share ni kan..:D

PerenLee said...

Saya lebih suka guna ChurpChurp...sbb bayarannya lebih mahal..

Syarih said...

bagus juga jana pendapatana disini ye..tentu ramai yang teruja nak ikut.

hafiz hafizol said...

selalu jugak promote 8 share nie.. dah pernah cash out jugak.. mmg betul pun dia punya service tu mudah... duit dia akan transfer terus masuk bank.. rasanya dalam 2 minggu je.. huhuhu...

pendidik2u said...

8share ni memang masyuk..

Aku Penghibur said...

bnyk jgk tu :)

Haryati Juning said...

baru tahu pasal 8share (kesiannn...ketinggalan zaman..hihi) thanks perkongsian sebegini :) jemput ziarah :)