Tuesday, June 25, 2013

SYURA JUARA MASTERCHEF SELEBRITI MALAYSIA 2



Syura Juara Masterchef Selebriti Malaysia 2. Untuk Final Masterchef Selebriti Malaysia 2, Syura dan Celina akan menunjukkan kehebatan masing-masing buat kali terakhir sebelum salah seorang daripada mereka dinobatkan sebagai Juara Masterchef Selebriti Malaysia 2.


Syura dan Celina berjuang untuk dipilih sebagai Juara Masterchef Selebriti Malaysia 2 .


Piala Masterchef Selebriti Malaysia 2. Final Screening diadakan di Delicious KL.



Cabaran Sajian Sehangat Bintang mereka hari ini sangat sukar dan paling mencabar. Mereka perlu menyediakan makanan "first class" yang akan dihidangkan dalam pesawat Air Bus A380. Mereka diberikan 3 jam untuk menyediakan hidangan mereka.


Mereka perlu hidangkan makanan "first class" untuk penumpang Air Bus. =D


Selepas menyiapkan hidangan, mereka perlu membawa makanan ke pesawat dan perlu menghidangkan makanan kepada chef dan tetamu yang berada di tempat duduk Kelas Pertama. Mereka dibantu oleh Pramugari MAS dan Chef dari Brahim's dalam menyediakan hidangan mereka.


Hidangan daripada Celina

 Appetizer

Main Course

Dessert


Hidangan dari Syura

Appetizer

Main Course

Dessert


Siapakah bakal Juara Masterchef Selebriti Malaysia 2? Celina atau Syura??


Juara Masterchef Selebriti Malaysia 2 akan mendapat 2 tiket kelas pertengahan pergi balik dari KL ke Paris dan berjaya menyumbangkan RM60,500 kepada badan kebajikan yang diwakilinya. Juara Masterchef Selebriti Malaysia 2 ialah SYURA!!.

Syura Juara Masterchef Selebriti Malaysia 2.


Syura berjaya menyumbangkan RM60,500 kepada Breast Cancer Welfare Association.


Tahniah buat Syura kerana menjadi Juara Masterchef Selebriti Malaysia 2 dan buat Celina, anda telah lakukan yang terbaik!!.

4 comments :

Ija said...

Moga syura terus sukses..suka sangat bila dia menang.. :)

Rabiatul Adawiyah Abd Rahim said...

Tahniah, Syura !! Hidangan Syura dan Celina sangat menarik. Yummy ! :)

mariyam yam said...

Syura dgn Celina pun hebat, dua2 sy suka sangat

mariyam yam said...

Syura dgn Celina dua2 hebat sy suka