Wednesday, July 10, 2013

BERMULA PERJALANAN KARIER DI PRUDENTIAL



Rindu pula dekat blog ni. Rasanya dekat 3-4 hari tak update blog. Rasa macam pelik pulak sehari tak update blog. Tapi apa boleh buat, rutin harian sudah berubah.





FYI, PCB sudah mula bekerja sebagai Customer Service Exec di Prudential bermula Isnin yang lalu. Alhamdulillah sudah tiga hari bekerja di sana. Pelbagai pengalaman yang dipelajari. Ye lah, PCB kan graduan biologi dan bekerja dalam bidang insurans. Of courselah take time untuk mempelajari sesuatu yang baru.




Sekarang ni kena bangun awal pagi. dah tak boleh macam dulu, lepas subuh, tidor balik. Bangun dan bersiap awal pagi sebab jam di KL ni memanglah teramat teruk terutama laluan nak pergi ke pejabat. Siapa yang guna Jalan Pahang, KL pasti tahu betapa sibuknya jalan itu.




Alhamdulillah, hari ini sudah satu hari kita selesaikan ibadah berpuasa di Bulan Ramadhan. Syukur Alhamdulillah kerana masih dipertemukan dengan Ramadhan. Waktu berada dalam LRT tadi, lihat beberapa orang sedang memegang Al-Quran dan ada juga membaca Quran melalui aplikasi telefon sementara sampai ke destinasi yang ingin dituju. 




Sama-sama kita memanfaatkan bulan Ramadhan ini sepenuhnya.

5 comments :

Joe said...

Tahniah bro... Good Luck dengan kerja baru nie...

whitecappuccino said...

selamat bekerja dan selamat berpuasa PCB.

Jiey^Mien said...

Boleh la akak mintak tlg adik check claim insurans.. hehehehe..

hazman aka species1980 said...

whoaaa...sempoi la demo... nanti kalau ade event boleh pakat panggil blogger la yea....

si kiut lavender said...

tahniah...moga Berjaya ya..:)