Saturday, July 27, 2013

IKLAN PETRONAS RAYA 2013 | SANGAT MENYENTUH HATI



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Siapa yang dah tengok iklan Petronas Raya 2013? Satu filem pendek bertajuk "Jahit" lebih kurang 9 minit. Iklan ini menceritakan kehidupan seorang ibu dan anak perempuan dalam menghadapi bulan Ramadhan dan bulan puasa.



PCB perasan yang Petronas sudah banyak kali menggunakan khidmat pelakon ibu ini. Mungkin pelakon ini sudah serasi dengan watak yang diberikan oleh pihak Petronas barangkali.



Tema iklan kali ini adalah pengorbanan dan ketabahn seorang ibu. Si ibu yang bekerja sebagai tukang jahit sanggup bekerja siang malam dan menerima tempahan baju raya sebanyak mungkin bagi menampung pelajaran anaknya nanti. Si ibu dalah tukang jahit yang sangat jujur dan berdedikasi. Walaupun pernah tersilap menjahit baju raya yang dipesan, si ibu sanggup menjahit sekalii lagi.





Berkat ketabahan ibunya membuahkan hasil apabila anaknya menerima biasiswa untuk melanjutkan pelajaran. Pembawakan kedua-dua pelakon ini sangat menjadi dan menjadikan iklan ini sangat menyentuh hati.



Petronas memang tidak pernah miss untuk menyediakan iklan raya yang terbaik setiap tahun. Semua iklan rayanya mempunyai nilai moral yang bagus. Selamat menonton semua.

5 comments :

pena rozie said...

Suka.....

LAMAN JOMRIA said...

pengorbanan seorang ibu itu amat besar...

Zuan said...

rindu iklan yasmin ahmad..

アヌム said...

Salam ramadhan :)

boni kacak said...

aku memang suka iklan-iklan petronas. tak pernah mengecewakan..