Thursday, July 4, 2013

KADAR ZAKAT FITRAH 2013 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA



Kadar Zakat Fitrah 2013 mengikut negeri di Malaysia . Alhamdulillah, kadar zakat bagi setiap negeri di Malaysia bagi tahun 2013 telah diumumkan. Kepada para muslimin dan muslimat yang berkemampuan, tunaikanlah rukun Islam yang keempat ini bagi membantu saudara sesama Islam kita yang lebih memerlukan.



Berikut adalah Kadar Zakat Fitrah 2013 mengikut negeri di Malaysia.



sumber: Kezoom .



Apa itu Zakat Fitrah?

Zakat Fitrah ialah zakat badan yang diwajibkan ke atas semua orang Islam yang berkemampuan tanpa mengira umur dan di mana sahaja mereka berada untuk menyempurnakan ibadat puasa bulan Ramadhan dan ianya dikeluarkan mengikut kaedah dan peraturan tertentu . 


Waktu untuk membayar zakat fitrah?

  • Harus: Sepanjang bulan Ramadhan
  • Wajib: Selepas terbenamnya matahari pada hari akhir Ramadhan
  • Makruh: Selepas terbenamnya matahari pada Hari Raya Aidilfitri.
  • Paling Afdal: Selepas solat subuh pada hari terakhir Ramadhan

Golongan yang berhak menerima zakat fitrah ?
  • Orang miskin yang mempunyai harta sebanyak satu keperluannya atau tidak mencukupi.
  • Amil, oang yang dilantik untuk menguruskan pungutan dan pembahagian zakat.
  • Muallaf, iaitu orang yang baru memeluk agam Islam.
  • Hamba, iaitu orang yang mahu menebus diri dari tuannya.
  • Orang yang berhutang dan hutang itu bukan untuk tujuan maksiattetapi untuk kepentingan masyarakat dan keperluan hidupnya.
  • Untuk kegunaan pada jalan Allah (Fi Sabilillah)

sumber ( JAKIM )


p/s Pada kawan-kawan semua yang beragama Islam, jangan lupa bayar zakat fitrah =D.

6 comments :

Azrul Azmi said...

Perkongsian yang sangat bagus dan menarik... Baru tau yang zakat pun ada berbeza mengikut harga, gred dan jenis beras yang dimakan...

Kucing Hitam said...

yang mampu tu bayar la jgn plak buat2 lupa ada sebulan tempoh
www.kucinghitam.net

J.Syazwana said...

jap anak perempuan belum kawen ayah bayarkan kan?

Rabiatul Adawiyah Abd Rahim said...

Jom bayar zakat ! :)

Muhmmad Yusri Karim said...

Selamat berpuasa buat smua

Muhmmad Yusri Karim said...

Selamat berpuasa buat semua umat islam