Saturday, July 20, 2013

KISAH PUASA TAHUN 2013



Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Kejap betul bulan Ramadhan berlalu. 
Hari ini dah masuk 11 Ramadhan.
Macam mana dengan kawan-kawan?
ada yang masih liat nak bangun sahur ke?
haha. macam-macam ragam boleh dilihat dalam bulan puasa ni.




Kisah puasa PCB tahun ini sedikit berbeza.
Sudah tidak macam dulu.
PCB mula bekerja masa nak start Ramadhan hari tu.
Jadi PCB lebih fokus pada kerja dan tak delah rasa penat puasa.
Sebab bila habis kerja, balik rumah
terus ready nak buka puasa.
Memang sepanjang hari habiskan masa dekat ofis je.




Bab buka puasa, memang buka puasa rumah abang.
sejak bekerja ni memang stay rumah dia.
Kadang-kadang nak rasa kelainan berbuka, keluar makan dengan kawan-kawan.
Dan Alhamdulillah dapat merasa menu terbaru KFC yang ala-ala seafood gitu.




 KFC Seafood Symphony.. udang dia sedap =D



ops.. jangan ada yang terliur sudahlah.hehe
PCB kalau pergi bazaar Ramadhan memang suka beli Roti John.
Memang feveretlah.
Setakat ini dah pergi Bazaar Ramadhan dekat Wangsa Maju dan Sri Rampai.
Memang ramailah orang.tapi suasana tu yang best.
bukan selalu dapat rasa kan. sebulan dalam setahun je.




Bab persediaan raya memang tak buat apa-apa.
Tapi semalam company baru je bagi kad raya dengan sampul raya kosong.
Thanks Prudential.
Nanti nak dekat raya baru fikir nak beli baju raya.
biskut raya untuk bawa balik ke kampung.
duit raya lagi. macam-macamlah.




p/s apa makanan feveret korang time Ramadhan ni? jom share. Jangan lupa follow instagram PCB (rozuan57)

9 comments :

Carl Lesmana said...

salam ramadan dari carl .

# bulan puasa ni semua makanan nampak sedap , nak nak time ke bazar ramadan . fav carl semua masakan yg ibu masak sbb makanan dekat bazar semua taste hampeh .heheehe

Suara Hati said...

ada sampul raya lbh x? hihihi.. Dah lama x makn kat KFC. Slmat berpose ya PCB..

shera haifa said...

kita suka roti john jgk.. tp roti john botak yg kat bzar stadium muhamad ke iv je..

Leeza dayasari [santai leeza] said...

makanan yang berkuah.... dan bersup... steamboat... waaaaa

Zuan said...

hehe salam ramadhan bro ^^

boni kacak said...

sama lah feveret kita bro.. aku pun minat betul dengan roti john

hazman aka species1980 said...

biasa tengok iklan tapi tak sempat nak cuba lagi....

PakcikLie PCL said...

Salam ramadhan PCB, singgah sahur kat sini...bazaar baru 2x pegi. sedap masak sendiri..suka mee/bihun/keteow berkuah masa berbuka..sahur baru mkn nasi.

Rabiatul Adawiyah said...

Sedapnya KFC tu ! :D Selamat berpuasa. :)