Tuesday, July 2, 2013

PROGRAM AMAL BAJU RAYA PROJECT



Assalamualaikum dan salam sejahtera.



InsyaAllah Ramadhan makin hampir dan ini bermakna juga, Hari Raya Aidilfitri juga sudah tidak lama. Dalam kita menyambut Ramadhan dan Syawal nanti, jangan lupa pada golongan yang kurang berkemampuan.



Atas inisiatif tersebut, satu Program Amal Baju Raya Project akan dianjurkan dalam mengutip baju raya lama anda yang masih elok untuk digunakan untuk didermakan kepada mereka yang kurang berkemampuan. Sekurang-kurangnya mereka juga dapat merasa nikmat berhari raya.



poster Program Amal Baju Raya Project.



Untuk mendapat maklumat lanjut mengenai program ini, anda boleh layari Facebook Page mereka di BajuRayaProject atau mengikuti twitter mereka di @BajuRayaProject.



p/s Sama-sama kita membuat amal di bulan yang mulia ini.

4 comments :

Azrul Azmi said...

Menarik la.... InsyaAllah boleh promote jugak nanti....

boni kacak said...

agak menarik lah program ni :)

aDisH.sHidA said...

akak de baju2 kurung yg dah xleh pakai...

Arol Mubin said...

Bagus program nie! Sekurang-kurangnya takdelah terbiar jek baju yang kita dah tak muat atau tak nak pakai dalam almari. Beri kepada yang memerlukan. :)