Saturday, August 31, 2013

SALAM MERDEKA KE 56 !!


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Sedar tidak sedar, hari ni dah genap Malaysia merdeka ke 56!
Congratulations Malaysia!!


PCB tidak gigih nak ke Dataran Merdeka atau mana-mana tempat untuk menyambutnya.
Sekadar duduk di rumah dan tidur.
Almaklumlah penat bekerja.





Tema Merdeka tahun ini "Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku"



Diharapkan dengan genap 56 tahun merdeka,
tak adalah insiden pencerobohan lagi,
sudah tidak ada rakyat Malaysia yang masih tidak bersyukur
dengan keamanan Malaysia.
Kalau berani koyak atau bakar Jalur Gemilang, 
anda tidak layak tinggal di bumi bertuah Malaysia...




Buat para blogger,
Semoga penulisan kita juga berjiwa merdeka.
Jangan sesekali timbulkan fitnah.
Kelak segala penulisan kita akan disoal nanti di sana.




Salam Merdeka ke 56 buat seluruh pengikut dan pembaca blog Pak Cek Biola khususnya dan rakyat Malaysia amnya..



p/s Nantikan statistik lengkap blog PCB untuk bulan Ogos tidak lama lagi.

2 comments :

Zuan said...

salam kemerdekaan bro.. :)

Hazmin Hamudin said...

Salam kemerdekaan kepada bro dan seluruh rakyat Malaysia.