Wednesday, August 7, 2013

TRADISI DUIT RAYA DI AIDILFITRI

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Kalau sebelum ni PCB ada cerita
tentang persiapan raya PCB menjelang Aidilfitri nanti
Kali ini PCB nak bercerita tentang duit raya.



Sebut tentang duit raya, 
Kanak-kanaklah golongan yang paling hapy.
Mana taknya, waktu inilah nak collect duit raya banyak-banyak.
Nanti dapat simpan di bank atau beli barang yang disukai.



Teringat zaman kecik dulu,
Lepas je habis solat raya, semua cousin akan pegi beraya dari umah ke rumah.
Memang meriah gila zaman dulu.
Saje suruh tukang jahit buat poket besar-besar.
Senang nak isi duit raya banyak-banyak.



Sumber: Google


Biasanya rumah pertama dan kedua je masuk dengan sopan santun.
Jamah satu biskut dan minum seteguk air.
Bila naik bosan, mula angkat kaki nak pergi rumah orang lain.
Time paling happy bila dapat duit raya.
Tak kisahlah dapat bersampul atau tak, rembat aje.




Masuk rumah ketiga dan seterusnya, 
Tunggu je depan pintu rumah.

"Assalamualaikum.kami datang nak beraya. Tapi tak nak makan kuih. Nak duit raya je."

Haha.bapak segan bila ingat balik.
Zaman kecik biasanya memang dapat duit syiling.5
Tak macam sekarang, semua nak yang not merah je.



Bila penat seharian keliling kampung kumpul duit raya,
Balik umah masing-masing kira duit raya.
Sape paling banyak dia juara of the year.haha.
Macam tulah kisah duit raya PCB. 



Tahun ini PCB dah kena bagi duit raya dekat kanak-kanak.
Rasa keja je masa berlalu kan.
Dah makin dewasa.



P/s apa citer kisah duit raya korang?

3 comments :

pena rozie said...

Selamat hari raya.....

Zuan said...

Salam Aidilfitri dari Blog Uncle Zuan dan Saiazuan Blog :)

Ahsfantasy Ryu said...

lama tak datang sini,
siap bertukar warna ungu dah..

Salam lebaran,
Ampun dan maaf sepanjang perkenalan :)