Sunday, September 22, 2013

CHABU, KUCING KESAYANGAN SAYA

Sejak PCB pindah rumah baru, PCB mula kenal si Chabu.
Chabu ni kira kucing kesayangan rumah kitorang.
Housemate PCB dah pelihara dia sejak kecik lagi.


Chabu memang special.
Dia suka menari.
Sikit-sikit gerakkan badan dengan ekor.
Kalau tengah tengok tv, pastu ada ikan bergerak dalam tv,
Mesti dia panjat kat tv.
tengok je ikan tu bergerak.huhu.



Bila time orang tak layan dia,
Mulalah dia merajuk.
dia ambik dua tangan dan tutup muka dia.
Yang gambar bawah ni dia nak nangis
sebab kena paksa ambik gambar.





Sekarang ni PCB belikan Chabu makanan kucing.
Brand Vitapet.
tapi dia makan sikit je. Mungkin tak biasa lagi.
nantilah beli whiskies (betol ke ejaan ni?).



Nanti PCB upload lagi gambar gelagat Chabu banyak-banyak k.

8 comments :

Zuan said...

bukan wiskas ke bro? hehe

Leeza dayasari [santai leeza] said...

matanya berair..

mak lagenda said...

kucing pun pandai nangis eyh?? berair2 mata dia!! heh heh heh

Ila Ishak said...

sampai berair mata nak amik gambar hu hu. Kucing saya Chi Chi. Dah 7 tahun dgn saya. Masih sihat dan menggoda tak heran la tiap 4 bulan dia beranak jer.

Nana Aris said...

salam dari pencinta kucing jugak..hehe


Btw, kalau berminat dengan supplement from Shaklee saya ada buat promo ESP Shaklee..do visit my blog ye
http://ainasuraya.blogspot.com/2013/09/promo-shaklee-esp.html

thanks!

Hazmin Hamudin said...

Whiskies gabungan makanan kucing friskies dan whiskas. Haha

Rabiatul Adawiyah said...

Kenapa muka Chabu sedih je ni??

Cahaya Hidayah said...

Haiwan kesayangan Rasulullah saw, Allahu ;'D