Sunday, October 13, 2013

HOME SWEET HOME

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Alhamdulilllah. selepas 8 jam lebih perjalanan, akhirnya sampai ke kampung halaman tercinta.
Bagi yang belum tahu atau baru sahaja mengikuti perkembangan blog PCB,
PCB asal orang Tanah Merah, Kelantan.
Last balik adalah masa raya puasa yang lepas.



Raya haji kali ini hanya PCB dan abang PCB yang balik.
yang lain tak balik sebab cuti raya tak panjang.
tapi tak apa, dekat KL masih boleh jumpa.
at least, bila balik kampung dapat jumpa mak ayah, itu yang penting kan.


Hujan lebat di Kuala Krai petang tadi


Perjalanan tadi ok walau banyak traffic jam biasa dekat banyak tempat.
kadang-kadang pengguna jalan raya negara kita ni terlalu caring
semua perlahankan kenderaan dan tengok accident yang berlaku
padahal simple accident je macam kereta langgar belakang kereta lain.
tapi semua orang ingin tahu apa yang berlaku
sampai trafik jadi jam teruk.



apepon Alhamdulillah selamat sampai.
Kepada kawan-kawan yang sedang dalam perjalanan, berhati-hati di jalan raya.
Pada yang tidak pulang, selamat meneruskan tugas masing-masing.
jangan sedih-sedih.
inilah maksud pengorbanan yang dituntut.
sanggup tidak cuti demi tugas dan tanggungjawab. besar pahala kan?



p/s Happy birthday buat blogger atul.

6 comments :

Rabiatul Adawiyah said...

Selamat bercuti ! :)
Thanks ! :D

Muhammad Syazwan Norhalik said...

selamat hari raya bro ^^,

RamRamCute said...

Salam Aidiladha PCB..hati2 memandu

Noor Atikah Ramli said...

syoknyaaaa boleh balik kg :'(

Hazmin Hamudin said...

Selamat hari raya aidiladha bro.

Sya Chot .. said...

ayat terlalu CARING memerlahankan kereta tgk accident berlaku tu,sya suka sangat..hehehe betul la apa yg dikatakan tu..

salam kenal..#2190