Tuesday, October 15, 2013

SALAM AIDILADHA 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera



Hari ini semua umat Islam seluruh dunia akan sambut Hari Raya Aidiladha.
Hari di mana memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim yang sanggup menyembelih anaknya,
iaitu Nabi Ismail kerana di atas perintah Allah SWT.
Bagi saudara kita yang kini berada di Makkah,pasti memberi seribu makna buat mereka.




Bagi kita yang berada di tanah air, sambutan Aidiladha tetap disambut secara sederhana.
Sama seperti Aidilfitri, di waktu pagi akan dilakukan Solat Sunat Aidiladha dan juga takbir raya.
tanda bersyukur pada nikmat yang Allah SWT berikan kepada kita selama ini.




Bagi yang berkorban, pasti seronok terutama yang pertama kali
dapat sama-sama melihat bagaimana aktiviti korban dilakukan.
Syukur Alhamdulillah PCB pon pernah berkorban dan 
InsyaAllah teringin lagi untuk masa akan datang.




Yang pasti kalau dekat Kelantan, ketupat daun palas dan tapai mesti menu wajib ada.
Emak PCB memang akan masak menu tersebut.
dan ada jugalah menu tambahan seperti kuih muih dan kekacang.
yang penting bila raya Haji, mesti ramai orang bagi daging.
memang makan daging jelah jawabnya.
kalau buat korban,dapat bahagian tulang dan terus buat sup tulang.
pergh!




Oklah. kepada semua pembaca blog PCB, PCB nak ucapkan Salam Aidiladha untuk semua.
Pada yang masih dalam perjalanan pulang, hati-hati di jalan raya.
Pada yang tidak pulang, jangan bersedih ok. Happy selalu.





p/s makan sup tulang malam ni =

6 comments :

EDtv said...

Selamat hari raya qurban di kelantan. Senyum sokmo!

Zuan said...

salam aidil adha bro.. semoga sehat sehat selalu :)

Hazmin Hamudin said...

Salam Aidiladha untuk bro sekeluarga.

Yumida Huda said...

salam aidiladha pcb

Yumida Huda said...

salam aidiladha pcb

deno said...

Selamat hari raya korban PCB :)