Sunday, November 10, 2013

GAMBAR MAJLIS PERKAHWINAN FIZO OMAR DAN MAWAR





Tepat 9.32 pagi tadi berlangsung majlis perkahwinan Fizo Omar dan Mawar Abdul Karim. Akad nikah dilakukan oleh jurunikah, Mohd Arif Abdul Samad, Pegawai Tadbir Majlis Agama Daerah Hulu Langat.



Majlis perkahwinan diadakan di rumah pengantin perempuan di Country Heights Kajang. Pasangan pengantin telah bertunang sehari sebelum majlis akad nikah diadakan. Seramai 300 tetamu hadir pada majlis perkahwinan dan akad nikah mereka.



Pihak lelaki menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dari pihak perempuan dengan mas kahwin berjumlah RM506.00. Pihak lelaki menerima hantaran berupa seutas jam tangan, kaca mata hitam, kasut, 2 naskhah Al - Quran, komputer riba, cincin, plat moto MF 120, jaket dan motosikal berkuasa tinggi 1,200 cc. Manakala pihak perempuan menerima seutas jam tangan, tas tangan, kasut, cincin berlian putih, jongkong emas seberat 1,011 gram bertulis Fizo love Mawar berserta mas kahwin dan sebiji motosikal berkuasa tinggi.


Di bawah ini ialah antara Gambar Majlis perkahwinan Fizo Omar dan Mawar.







Sumber: Rotikaya .


Pasangan pengantin baru ini akan berbulan madu ke Benua Eropah. Tahniah buat Fizo Omar dan Mawar!


p/s Jangan lupa join Peraduan 4th Year Anniversary Blog PCB .

4 comments :

Leeza dayasari [santai leeza] said...

Tahniah kepada mereka berdua.....
Moga kekal bahagia sepanjang hayat.

Muhammad Khairuddin Lim said...

Bahagia hendaknya...

Cahaya Hidayah said...

Mabruk ! Barakallah !

Rina said...

Pernikahannya berlangsung begitu kidmat
Semoga langgeng dan bahagia selalu buat Fizo Omar dan Mawar