Saturday, July 5, 2014

DATUK SHARIFAH AINI MENINGGAL DUNIA


 Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini meninggal dunia tepat jam 1.26 pagi tadi.








"Biduanita tanah air, Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 1.26 pagi tadi di Hospital Pakar Damansara.

Allahyarhamah meninggal dunia pada usia 61 tahun akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Allahyarhamah dibawa ke hospital Isnin lalu selepas mengalami kesukaran bernafas sebelum dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) hospital sama, keesokan harinya.

Dilaporkan, Allahyarhamah menghidap fibrosis paru-paru sejak dua tahun lalu dan kira-kira lima bulan lalu pernah dijangkiti virus Influenza A (H1N1).

Menerusi laporan sebuah portal, jenazah Allahyarhamah akan disembahyangkan di Masjid Al Taqwa Taman Tun Dr Ismail dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara Kuala Lumpur pagi ini."



Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarhamah Sharifah Aini dan Al-Fatihah sama-sama kita sedekahkan kepada Allahyarhamah. Semoga ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.


Paling banyak lagu-lagu yang dipopularkan oleh Sharifah Aini, lagu Ingatan Manis di Bulan September paling PCB suka.






 p/s InsyaAllah akan aktif berblogger balik kali ini. InsyaAllah malam ini akan iftar di Vistana Hotel KL. Tunggu review nanti.

No comments :