Sunday, July 6, 2014

FOOD REVIEW | BUFFET RAMADHAN 2014 VISTANA HOTEL KUALA LUMPUR


Food review| Buffet Ramadhan 2014 Vistana Hotel Kuala Lumpur

Vistana Hotel Kuala Lumpur menyediakan buffet Ramadhan 2014 dengan tema ala-ala kampung iaitu 101 Resepi Tok Wan. Semalam PCB bersama kawan baik iftar di Hotel Vistana KL untuk merasai juadah berbuka puasa ala-ala kampung.

bersama sahabat berbuka puasa


Pelbagai juadah berbuka puasa disediakan. Daripada pelbagai jenis kerabu, acar, masakan kampung seperti pajeri terung, ikan sembilang masak tempoyak, paru goreng berlada, dan pelbagai masakan kampung yang lain. Terdapat juga ayam masak ala cina, ayam tandoori, asam pedas dan lain-lain lagi.



Selain itu terdapat satay ayam dan daging lengkap dengan nasi himpit, pelbagai aneka sup daging, mushroom soup, roti jala dan sebagainya. Yang paling penting terdapat daging kambing bakar yang anda boleh rasa bersama dengan sos BBQ. Sekiranya anda ingin makan makanan barat, terdapat juga pilihan seperti macaroni cheese dan spaghetti aglio olio berserta dengan grilled sausage.



Apa yang lebih penting dessert dia tersangatlah sedap. dari dessert yang tradisional kepada dessert yang modern. Terdapat juga bubur cha cha, laici kang dan ABC yang boleh anda rasai di sini. Di bawah ini adalah antara beberapa gambar yang sempat snap. yang lain tu dah telan dulu sbelum ambik.lapar sangat. hehe.


pelbagai dessert yang memang sedap dan berselera


 satay ayam daging yang ok =D. cuma nasi himpit dia agak keras..


 spaghetti aglio olio dengan grilled sausage


macaroni cheese dan grilled sausage


special dish.. kambing bakar dengan sos BBQ dan pudina



Secara keseluruhan PCB berikan 6/10. Mungkin boleh tingkatkan lagi dari segi rasa makanan. Untuk makanan tradisi dan kerabu memang terbaik. Harga nett seorang dewasa adalah RM55.70.


Harga buffet ramadhan Vistana Hotel KL
Dewasa: RM48.00++
Kanak-kanak: RM30.00++


Untuk sebarang tempahan, boleh hubungi Vistana KL di:

Telefon: +603 40428000
Email: viskl@ytlhotels.com.my


3 comments :

Azrin Rahim said...

Wow, harga not badlah... sesuai dgn tmpt

luqman zakaria said...

harga memang not bad...murah kot..boleh try nih..tq share cik biola..mcm best jer...hehehe

ummi aqilah (LM) said...

Harga berpatutan..

Wan nmpk kurus.. Sbb puasa eh