Sunday, July 20, 2014

FOOD REVIEW | BUFFET RAMADHAN EDEN CATERING JOM IFTAR @ TMCC MENARA TM BANGSAR

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Semalam PCB mendapat invitation untuk berbuka puasa bersama Eden Catering di Telekom Malaysia Convention Centre di Menara TM, Bangsar. Disebabkan lokasinya yang agak dekat dengan rumah PCB di Pantai Dalam, jadi PCB menerima pelawaan tersebut. 


Serba sedikit mengenai majlis jom iftar @ TMCC Menara TM Bangsar. Konsep kali ini membawa suasana Ramadhan yang menyajikan pelbagai hidangan kegemaran Malaysia. Para tetamu yang hadir dapat menikmati juadah yang enak sambil dialunkan dengan persembahan muzik tradisional. Bagi PCB, lokasi yang dipilih oleh Eden Catering sangat tepat kerana dewan yang digunakan sangat luas dan terdapat satu kawasan hanya untuk tetamu dan lagi satu kawasan untuk makanan. Jadi tidak perlu berebut dan sangat selesa.


Bufet yang disediakan akan bertukar setiap minggu dan antara signature dish yang anda wajib rasa untuk Jom Iftar @ TMCC Menara TM adalah Nasi Arab, Kambing Panggang, Char Kuey Teow dan teh tarik.


Buffet Ramadhan ini diadakan bermula dari 6.30 petang sehingga 10.00 malam setiap hari dari 4-25 julai 2014. Harga agak berpatutan iaitu untuk dewasa ialah RM75 dan untuk kanak-kanak berusia dari 4-11 tahun ialah RM30 dan PERCUMA untuk kanak-kanak bawah 3 tahun.


suasana di Jom Iftar @ Dewan Kristal TMCC Menara TM Bangsar.



 Terdapat pelbagai pilihan makanan barat seperti salad dan spaghetti untuk di rasa. Ada juga Mandy Chicken Rice yang very delicious. Pelbagai air kordial untuk pilihan anda seperti oren, strawberi dan sirap. Sekiranya inginkan kelainan,anda juga boleh merasa ABC yang agak sedap.


 Sebut pasal dessert atau pencuci mulut, memang banyak pilihan dari kuih muih tradisional sehingga ke kuih moden seperti bread pudding dan sebagainya. Terdapat juga buah-buahan tempatan sebagai penambah selera anda.



 Untuk makanan utama, anda boleh pilih sama ada untuk makan spaghetti, nasi putih atau nasi beriani. Pelbagai lauk pauk disediakan seperti ayam masak gulai, sayur campur, daging masak, ikan tongkol berlada, daging salai masak lemak belimbing, butter prawn dan lain-lain lagi..





Sekiranya anda ingin merasai makanan kampung, anda tidak perlu risau bila datang ke sini. Pelbagai ulam seperti petai, jering, pucuk ulam disediakan. Pelbagai jenis kerabu juga menanti anda ditambah dengan tauhu sumbat, ikan kering, dan colek buah. Tidak lupa juga ada budu, cencaluk, tempoyak dan sebagainya. Nyum!!!!



Apa yang paling penting apabila menimati juadah berbuka di Jom Iftar @ TMCC Menara TM ini, anda perlu merasa signature dishnya, Memang sedap kambing panggan dia. Sangat lembut ditamabah dengan SOS BBQ sangat menyelerakan. Begitu juga dengan keenakan Char Kuew Teow dan teh tariknya.



Secara keseluruhan PCB berpuasa hati dengan penyediaan makanan, rasa makanan itu sendiri dan lokasi yang dipilih oleh EDEN Catering.Untuk pengetahuan semua, EDEN Catering adalah merupakan salah satu caterer yang menjadi pilihan ramai seperti untuk majlis perkahwinan dan majlis-majlis yang lain. Sekiranya anda ingin membuat tempahan untuk iftar atau majlis perkahwinan nanti, anda boleh hubungi :

03-22401012 / 0192594334

atau email di:

edencateringsales@edenzil.com

atau layari laman web EDEN di

www.edenfood.com.my

p/s Thanks Eden Catering sebab bagi goodies bag dekat saya.dapat beg kasut free + beberapa voucher yang macam WOW!!! Berbaloi2..hehe

5 comments :

luqman zakaria said...

rambang mata tengok..tak tahu nak makan mane dulu..hehe :)

boni kacak said...

voucher tu bagi kat aku. hahaha

Yan Ty said...

Tak sangksa dapat jumpa u!!

Hafiz Hafizol said...

Lama tak komen sini . hehe

Muhammad Syazwan Norhalik said...

nampak leleh gak ni

mrdeka merdeka merdeka ke 57 :)