Tuesday, September 16, 2014

SELAMAT HARI MALAYSIA 2014 | DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA



Selamat Hari Malaysia 2014 !! 16 September setiap tahun dipilih sebagai tarikh untuk sambutan hari Malaysia dan dijadikan sebagai cuti umum mulai tahun 2010 bagi Malaysia sebagai tanda memperingati penubuhan persekutuan Malaysia (tahun 1963) di mana Tanah Melayu, Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Singapura bergabung membentuk Malaysia. (sumber Wikipedia)


sumber: ( Sinar FM )


Sangat tertarik dengan tema merdeka tahun ini. " Di sini lahirnya sebuah cinta" .Ringkas tapi unik. Tema yang sangat bagi rasa mendalam secara peribadi dalam diri PCB. Di sini merujuk kepada Tanah Air Malaysia, lahir sebuah cinta. cinta pada tuhan. cinta pada manusia walau berbeza agama, bangsa, persefahaman politik dan warna kulit. Kerana rasa cinta itulah membangkitkan rasa perpaduan dan sayang kepada tanah air.






Selamat hari Malaysia buat semua rakyat Malaysia amnya dan pembaca blog Pak Cek Biola khususnya!!

1 comment :

Norfanil said...

Selamat hari malaysia pakcik biola..